
Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini. Justeru itu, usaha membangunkan blog ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan mudah, pantas dan terkini. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKBS sejajar dengan slogan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Penyelaras ICT SKBS dengan bantuan serta bimbingan Pusat PKG Sandakan yang begitu komited dalam usaha mewujudkan blog ini. Penghargaan juga kepada semua guru serta staf sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan.
Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman blog sekolah ini.